bloguez.com

Selasa, 17 Mei 2011

nota tambah BMM 3117

a) Teknik latih tubi

• Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
• Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di sampimg menjamin kekekalannya.
• Teknik ini sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
• Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat, atau mengingat fakta-fakta penting.
• Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
• Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.

Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :
• Sebutan - Menyebut patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.
• Tatabahasa - Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum bahasa daripada semua aspek.
• Perbendaharaan kata - Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.
• Kefasihan - Menggunakan perkataan lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.
• Kefahaman – latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Antara kelemahan teknik ini ialah teknik ini mengehadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

b) Teknik Simulasi

• Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu, atau tugasan semula.
• Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temu ramah dengan individu tertentu, dan mencatat isi penting.
• Dalam proses ini pelajar digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.
• Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
• Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

c) Teknik Permainan
• Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi, masalah, atau peristiwa yang dianggap penting.
• Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.
• Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip. Melalui teknik ini pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.
• Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman, dan sebagainya.

d) Teknik Sumbang Saran

• Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.
• Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti, dan latihan profesional.
• Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran secara analitis.
• Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid.
• Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas.
• Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.
• Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak.
• Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan.
• Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea.
• Suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan.
• Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbang saran adalah patut dan mencukupi.
• Digalakkan menggunakan prinsip 5WH (What? Why? Who? Where? When? How? )
• Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik.
• Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli yang pelbagai kebolehan.



e) Teknik Permainan Bahasa

• Permainan bahasa ialah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
• Penglibatan dalam permainan memberi peluang kepada pelajar memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna, dan sebagai alat dianogstik.
• Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khasnya. Ia diintepretasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :
• merangsang interaksi verbal pelajar,
• menambah kefasihan dan keyakinan,
• menyediakan konteks pembelajaran,
• bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan, dan
• bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan, dan penggayaan.

f) Teknik Soal Jawab

• Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan
• Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
• Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya.
• Soalan yang dikemukakann memerlukan pelajar berfikir di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.

Tujuan utama teknik soal jawab ialah :
• Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
• Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik, dan kritis.
• Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

g) Teknik Bercerita

• Merupakan salah satu teknik yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
• Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata, dan tatabahasa dapat disampaikan.
• Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis dalam kalangan pelajar.
• Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak, dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku, dan kawalan mata.
• Suara memainkan peranan yang penting yang harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
• Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan, dan minat murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
• Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek bahasa.
• Hafazkan frasa atau ayat penting.
• Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
• Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
• Guru boleh menggunakan gambar, objek sebenar, atau BBM lain.
• Sediakan kad perkataan, frasa, atau ayat yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak disampaikan.

h) Teknik Drama

• Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif, dan audiolingual.
• Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada, dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala, dan dan lain-lain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
• Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya.
• Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
• Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
• Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, di samping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

i) Teknik Inkuiri

• Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.
• Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.
• Dapat menimbulkan daya refleksi di kalangan pelajar.
• Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.
• Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Pengendalian teknik inkuiri ialah :
• Proses mengenali masalah
• Mengkaji ramalan
• Mengumpul maklumat
• Menganalisis
• Membuat rumusan



4.5.10 Teknik Perbincangan
• Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).
• Teknik perbincangan ialah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.
• Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing tentang sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.
• Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajam minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.
• Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.
Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :
• Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
• Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
• Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli kumpulan.
• Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala ke arah perkara yang betul.
• Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan di papan tulis mengikut apa yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.



4.5.11 Teknik Forum
• Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk dan dijalankan secara formal.
• Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, yang membolehkan pelajar berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
• Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
• Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
4.5.12 Teknik Perbahasan
• Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
• Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah.
Antara manfaat teknik ini ialah :
• Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
• Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur
• Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
• Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.
• Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.
• Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas dalam kalangan pelajar.
• Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.

4.5.13 Teknik Kuiz

• Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C).
• Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah Melayu.

Tujuannya ialah :
• Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik tertentu.
• Pelajar dapat mengulang kaji sambil bergembira.
• Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan secara teka-teki.
• Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
• Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.

Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu :
• Dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.
• Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.

4.5.14 Teknik Permainan Bahasa

Permainan bahasa merupakan aktiviti pengajaran pembelajaran yang mengandungi unsur bermain yang menggembirakan. Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan bahan-bahan tertentu dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronkkan, bersahaja dan bermakna.

Jenis-jenis permainan bahasa digolongkan mengikut tumpuan kemahiran tertentu.
KEMAHIRAN AKTIVITI
Mendengar Mengecam, meneka bunyi tertentu atau penyataan yang diberikan.
Bertutur Menceritakan kembali cerita yang didengar, main teka teki, meneka tokoh, membisik pesanan atau nyayian-puisi.
Membaca Membaca teks sastera, menyesuaikan gambar dengan cerita atau silang kata.
Menulis Menulis dialog berdasarkan teks atau kartun, menulis sinopsis, membina ayat dll.

Bentuk permainan bahasa: ‘Permainan bahasa terdiri daripada dua bentuk.

• Bentuk pertandingan
• Bentuk penghayatan kendiri.

Langkah pelaksanaan:

Sebelum:
• Menentukan jenis permainan
• Cara permainan ( innndividu, pasangan, kumpulan )
• Syarat permainan masa, bahan, peraturan, petugas.

Semasa:
 Peringkat awal, induksi set.
 Peringkat pertengahan langkah pengajaran.
 Peringkat akhir kemahiran pengukuhan

Selepas:

 Menentukan semua bahan disimpan semula.
 Perbincangan guru-pelajar.

4.6 Rumusan

Kesimpulan daripada penerangan serta perbincangan kita di atas dapatlah dikatakan bahawa perkembangan teknologi komputer dalam pendidikan akan terus berkembang pesat. Perkembangan pesat teknologi digital akan terus memberi suntikan kepada sektor pendidikan. Teknologi komputer akan menjadi pengupaya penting dalam proses pendidikan. Teknologi ini penting untuk menyediakan pelajar-pelajar bagi menghadapi era maklumat.