Benih azam yang menyusur diri adalah warna ketinggian nurani, renda kemenangan adalah cambahan kesabaran yang tidak pernah pudar. Ayuh....bangun merentangi halangan demi sebuah mekarnya kejayaan
Khamis, 3 September 2009
Tarawih....
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Isnin, 31 Ogos 2009
Ramadan datang lagi
Mengetuk pintu hati insan bernyawa
Dalam diam dalam leka ia muncul semula
Kita larut disungai masa tiada pelabuhan tiada dermaga
Ramadan datang lagi
Bersama seribu keberkatan Ilahi
Menjanjikan kemanisan abadi untuk setiap insan yang terus mencari
Dingin embun memadamkan kepanasan mentari yang terpacak di kepala
Damai satu Ramadan tetap ku tunggu.
Sayup suara tasbih berlagu hiba
Mengintai gelisah di tabir jendela
Menggamit utas rangkaian rasa syukur
Masih diberi peluang masih diberi ruang
Memperbaiki sejadah usang masa silam
Menghalusi kalbu resah di cermin damai
Agar dapat dipetik buah pohon akhirat dengan penuh nikmat
Jangan Pergi lagi Ramadan
Berilah aku kesempatan mendakapmu
Berilah aku peluang mengecapi rasa terindahmu
Berilah aku hembusan rasa yang mencambahkan benih-benih iman
Berilah aku rasa mendakapmu Ramadhan dengan penuh kesyukuran
Kerana kehitaman rasa yang dulu melaut membisakan aku terkabut
Yang Maha Sempurna,
Aku terlalu dhaif untuk meminta
Disleksia
Dari segi bahasa, disleksia (dyslexia) berasal daripada perkataan Yunani dys yang bermaksud "sukar" dan lexia yang bermaksud “bahasa”. Apabila kedua-dua perkataan itu digabungkan, maksudnya ialah kesukaran berbahasa.
Menurut Sheila dan Samsilah (2006), secara umum, disleksia merujuk kepada masalah persepsi dalam otak yang menyebabkan kesukaran membaca dan menulis. Persatuan Disleksia Singapura (Dyslexia Association of Singapore, DAS) pula mentakrifkan disleksia sebagai kesukaran menguasai bahasa dari segi pemerolehan, fonologi, ejaan, bacaan dan penulisan. Menurut DAS, disleksia ditandai juga dengan kesukaran mempelajari matematik. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) (2005) pula menonjolkan kecerdasan murid dalam definisinya terhadap murid disleksia. Menurut KPM, murid yang mengalami masalah pembelajaran disleksia ialah murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis.
Penyebab disleksia belum diketahui secara pasti. Secara umumnya para pengkaji berpendapat, disleksia berkaitan dengan masalah neurologi, iaitu sesuatu yang ada kaitannya dengan sistem saraf khususnya pada otak. Misalnya terdapat gangguan koordinasi antara mata dengan otak ketika proses membaca. Namun, gangguan itu bukanlah berupa kecacatan fizikal atau mental. Sebaliknya, penghidap disleksia memiliki kemampuan fizikal dan intelek yang normal. Tegasnya mereka bukanlah orang cacat. Kecerdasan mereka pula mungkin sama dengan mereka yang tidak menghidap disleksia. Malah mereka dapat dianggap istimewa kerana mempunyai bakat kreatif dan lazimnya dapat maju dalam bidang seni seperti lukisan dan lakonan.
Di Malaysia, isu disleksia mendapat perhatian masyarakat pada awal tahun 90-an. Pada tahun 1993, Seminar Pengenalan kepada Disleksia diadakan di Kuala Lumpur. Seterusnya …. Kini ….
Mungkin kerana “baharu” perkataan disleksia tidak termuat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat
Di Malaysia, jumlah penghidap disleksia begitu banyak. Utusan Malaysia keluaran 17 Disember 2005 melaporkan sebanyak 350,000 murid sekolah rendah di negara kita mengalami disleksia. Hal ini dapat dianggap sebagai satu sindrom dan penghidapnya kehilangan motivasi, kurang daya tumpuan dan akhirnya menyebabkan kekecewaan dari segi akademik. Namun, keadaan ini tidaklah merisaukan sangat kerana ada statistik yang mengatakan bahawa dalam kalangan penderita disleksia hanya empat peratus penderita serius, 10 hingga 15 peratus penderita ringan dan bakinya mungkin “biasa-biasa” sahaja. Keadaan ini juga tidak seharusnya terlalu merisaukan pengguna bahasa Melayu kerana, menurut DAS, kesan disleksia lebih ketara terhadap pengguna bahasa yang mempunyai lambang tulisan, fonologi dan tatabahasa yang rencam. Pengguna bahasa Melayu tentu berasa bertuah kerana sistem tulisan, fonologi dan tatabahasa bahasa Melayu begitu sistematik dan mudah dipelajari.
Setakat ini belum ditemukan ubat khusus untuk menyembuhkan disleksia. Rawatannya hanyalah dengan latihan khusus yang ditangani oleh guru-guru yang terlatih dalam bidang pendidikan khas dan pendidikan pemulihan khas. Mungkin disebabkan oleh keistimewaan dua kumpulan guru inilah maka guru pendidikan khas diberikan elaun istimewa dan guru pemulihan khas (GPK) pula merupakan jawatan khusus di sekolah rendah yang tidak boleh dimansuhkan jawatan itu kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pihak jabatan pendidikan negeri. Sayangnya, ketika nota ini ditulis, belum jelas ada jawatan GPK di sekolah kurang murid (SKM), iaitu sekolah yang muridnya kurang daripada 150 orang.
CIRI-CIRI PENGHIDAP DISLEKSIA
1. Melakukan pelbagai jenis kesilapan pengecaman, pengingatan dan penghasilan kembali dalam urutan kemahiran mengeja.
2. Menghadapi kesukaran untuk membezakan huruf yang bentuknya seakan-akan sama seperti m dengan n, u dengan n, b dengan d, dan p dengan q.
3. Melakukan kesilapan semasa menulis jawapan walaupun telah berjaya menjawab soalan yang sama secara lisan.
4. Keliru dengan Terkadang sering mengacaukan kata yang berhubungan dengan arah, waktu dan petunjuk, seperti kiri menjadi kanan, stop menjadi jalan, dan sebagainya
PANDANGAN VIJAYALETCHUMY (Masih berupa nota)
Menurut Vijayaletchumy (2005), sebagaimana yang diutarakan oleh seorang pengkaji yang bernama Levinson dan bukunya yang bertajuk A Solution to the Riddle Dyslexia (1994), terdapat tiga jenis disleksia, iaitu disleksia bacaan, disleksia tulisan, dan disleksia matematik. Di sini akan dihuraikan dua jenis disleksia, iaitu disleksia penglihatan (visual) dan disleksia pendengaran (auditori). Huraian ini berasaskan kertas kerja Vijayaletchumy a.p. Subramaniam yang bertajuk “Disleksia Visual dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu” yang dibentangkan dalam Seminar Antarabangsa Linguistik Melayu (SALiM05) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada akhir tahun 2005.
Disleksia Penglihatan
Vijayaletchumy merumuskan, murid disleksia visual ialah mereka yang dapat melihat dengan baik tetapi tidak dapat mengamati perbezaan, tidak dapat melakukan interpretasi, atau tidak dapat mengingat perkataan yang dilihat. Tahap terjejasnya bacaan bergantung pada masalah yang dihidapi oleh individu. Ada masalah begitu teruk sehinggakan pelajar tidak dapat membaca langsung, dan ada pelajar yang hanya mengalami masalah menyebut perkataan dengan suku kata yang banyak. Antara ciri disleksia penglihatan yang dikenal pasti oleh beliau adalah seperti yang berikut:
1. Kepayahan diskriminasi visual. Hal ini menyebabkan berlakunya kesukaran membezakan huruf atau perkataan yang hampir sama seperti bas disebut bus dan pen disebut ben.
2. Kadar pengamatan yang lambat.
3. Kecenderungan kebalikan. Contohnya, buku dibaca duku.
4. Kecenderungan songsang. Contohnya, air dibaca ari.
Untuk merawat masalah ini, dicadangkan guru pemulihan menggunakan kaedah fonik, iaitu mengutamakan bunyi huruf, huruf dimulai dengan setiap bunyi, huruf berdasarkan bunyi, pembentukan perkataan berdasarkan bunyi huruf, bunyi dijadikan perkataan yang bermakna, perkataan dalam kumpulan yang sama, adunan dua bunyi daripada konsonan, adunan bunyi konsonan dengan vokal
Murid
1. Sukar mengekalkan imej lengkap sesuatu perkataan g tidak dapat belajar dengan berkesan dengan menggunakan penglihatan, termasuk tidak cekap membaca.
2. Penyelesaian: pengajaran bacaan mengutamakan pendengaran.
3. Latihan: mengenal perkataan, pemerincian, mengenal orientasi abjad, gambaran urutan abjad dalam perkataan, rentak kadar diskriminasi perkataan.
4. Kaedah mengenal huruf dengan cara terbalik.
Disleksia Pendengaran
1. Lemah menanggap dan mengingat apa-apa yang didengar g gagal mengingat apa-apa yang disampaikan secara lisan sahaja, termasuk latihan lisan.
2. Penyelesaian: utamakan bentuk visual.
3. Latihan: kesejajaran dengar-pandang, pilihan perkataan yang bermakna, kaitan simbol bertulis dengan pengalaman, pengenalan frasa dan ayat yang asas, cerita berasaskan pengalaman bahasa.
DAPATAN KAJIAN VIJAYALETCHUMY
VJ Semasa murid disleksia sedang membaca berlaku penetapan dan pengesanan mata terhadap huruf. Mata murid disleksia tidak dapat mengimbas sepenuhnya huruf, kata dan ayat yang berlainan. Mata mereka merakamkan huruf, kata dan ayat itu bertaburan di sana sini. Oleh sebab itu, huruf, kata dan ayat dilangkau-langkau. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat memahami sepenuhnya apa-apa yang dibaca.
Akibat kesukaran pengimbasan oleh mata, huruf yang kecil sering kali dilangkau-langkau. Huruf dalam suku kata dan segmen perataan juga sering kali dilangkau. Hal ini menyebabkan berlakunya kesalahan seperti P menjadi O atau I, T menjadi I; ITIK tak dapat dibaca?
Kebanyakan subjek kajian dapat mengenal dan menyebut huruf tetapi tidak dapat membatang suku kata untuk menjadikannya satu perkataan yang bermakna. Ada perkataan yang dieja dengan betul tetapi disebut lain. Contohnya: (g = disebut)
ibu abu
oren - aren
ini - ani
abu - bua
ikan - kan
Terdapat huruf yang dibaca terbalik. Hal ini ada kaitannya dengan pengamatan visual. Huruf yang dibaca terbalik itu adalah seperti yang berikut: b - p (buku - puku), d - b (dalam - balam), b - d (bantu - dantu), p - b (pilihan - bilihan), m - w (masa - wasa), d - p (adik - apik). n - u (makan - makau).
Turut berlaku ialah pemendekan: pelupa - lupa, cahaya - caya, sahaja - saja, botak g tak, rumah g mah, sokongan - sokong.
Menambah bunyi pada perkataan: makan - makanan, salam - semalam, lompat - melompat, rumah - di rumah, baca - membaca, pantun - berpantun, cerita - bercerita.
Penggantian huruf kerana masalah pengamatan: ikan - akan, bomba - bonda, api - apa, buku - buka, kotak - katak, salam - malam, bantu - hantu.
Huruf e pepet diganti dengan e taling: seluar, belacan, berita, selesa, serupa, selekeh, lembu.
INTI SARI PANDANGAN
Kanak-kanak yang mengalami disleksia sering gagal menghasilkan sesuatu yang terbaik. Hal ini mengganggu tumpuan perhatian mereka. Akibatnya, mereka dianggap sebagai malas, bebal, bodoh, bengap, cuai dan sebagainya. Sebenarnya, mereka juga pintar. Jika diberi peluang dan mendapat bimbingan yang betul, mereka boleh mencapai kejayaan. Mereka boleh melakukan sesuatu yang terbaik sama dengan kanak-kanak lain.
Ada tokoh terkemuka yang mengalami disleksia iaitu Menteri Kanan Singapura, Lee Kwan Yew, mantan Perdana Menteri England, Winston Churchill, dan pelakon terkemuka, Tom Cruise. Mereka berjaya dalam kerjaya masing-masing!
DAPATKAH ANDA BANTU?
1. Gunakan pen yang berbagai-bagai warna untuk menulis perkataan atau untuk menggaris perkataan dan terangkan dengan jelas setiap fakta yang penting.
2. Bantu mereka menyiapkan jadual harian supaya mereka dapat mengikuti dengan tepat perkara yang perlu mereka lakukan seharian.
3. Sediakan senarai barang yang perlu dibawa ke sekolah, kelas tuisyen dan sebagainya.
4. Berikan mereka masa untuk berehat selama 10 minit bagi setiap 20 minit mereka belajar atau membaca.
5. Dapatkan kerjasama daripada pihak guru darjah untuk meletakkan anak anda duduk di barisan hadapan di dalam bilik darjah. Tindakan ini akan membantu mereka memberikan tumpuan semasa belajar.
6. Guru boleh memberi masa lebih sedikit untuk kanak-kanak ini menyalin nota. Tulisan guru juga perlu dijarakkan dengan lebih ketara supaya mereka dapat melihat tulisan itu dengan jelas dan menyalinnya dengan mudah.
7. Guru juga boleh memberikan lembaran kerja yang dicetak dengan saiz fon yang lebih besar supaya mereka dapat melihat dengan jelas dan dapat menarik tumpuan mereka. Usaha ini dapat mengurangkan kesan ngeri atau takut pada perkataan yang tertera. Apabila mereka dapat membaca dengan jelas, kefahaman mereka terhadap teks bacaan juga akan bertambah.
8. Benarkan mereka menggunakan komputer untuk tujuan menulis atau menyiapkan tugasan kerana komputer mempunyai kemudahan penyemak ejaan.
9. Anda perlu sedar bahawa kanak-kanak ini memerlukan masa yang lebih panjang untuk menyiapkan tugasan mereka dan menjawab kertas ujian serta peperiksaan. Proses mereka membaca, mengecam perkataan dan menulis merupakan beban yang amat berat.
10. Mereka baik dari segi pertuturan dan perbualan jika dibandingkan dengan membaca dan menulis. Maka dari itu, guru-guru boleh menguji mereka dari segi lisan dan jangan hanya terhad pada ujian-ujian bertulis atau bacaan sahaja.
11. Jangan melabel kanak-kanak ini dengan nama-nama ejekan seperti si malas, pak pandir, otak udang dan sebagainya.
12. Berilah mereka pujian bagi setiap usaha mereka. Jangan hanya memuji mereka apabila mereka mendapat markah penuh atau markah tertinggi. Mereka perlu diberi peluang untuk mengalami dan merasa kejayaan dalam apa juga bentuk. Jika mereka terus gagal tanpa diberi peluang untuk mengecap kejayaan, mereka akan dewasa dengan perasaan kecewa dan hilang keyakinan diri.
13. Bagi ibu bapa, sayangilah mereka sama seperti anak-anak yang lain. Mereka memerlukan sokongan dan pengertian daripada orang yang terdekat dengan mereka; iaitu ibu bapa, keluarga, guru dan rakan sebaya.
14. "Disleksia tiada penawarnya, tiada ubat dan tiada akhirnya. Seseorang yang mengalami disleksia akan membesar dan dewasa dengan masalah pembelajaran ini. Bukan ubat atau penawar yang perlu kita cari dan buru untuk membantu mereka ... yang perlu kita cari ialah bagaimana untuk membantu mereka mengatasi masalah ini, bagaimana untuk membimbing mereka menghuraikan kekusutan semasa berdepan dengan huruf-huruf, perkataan dan ayat, dan jawapannya ialah melalui program khas dalam pengajaran dan pembelajaran!"
BIBLIOGRAFI
Dyslexia Association of Singapore, http://www.das.org.sg/
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2005. Maklumat Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas.
Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan, 2006. Apakah Itu Disleksia? Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.
Vijayaletchumy a/p Subramaniam, 2005. “Disleksia Visual dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu“ dalam Zulkifley Hamid et al. (ed.), 2005. Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistik Melayu (SALiM05), Jilid 2. Bangi: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rabu, 26 Ogos 2009
Sebagai guru, anda harus berusaha mencari jalan untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca supaya mereka menjadi pembaca yang cekap. Dengan ini, diharapkan mereka akan berjaya dalam semua mata pelajaran di semua peringkat. Untuk tujuan tersebut, anda perlu tahu peringkat-peringkat kemahiran membaca yang patut dilalui oleh murid-murid anda. Berikut diturunkan peringkat-peringkat kemahiran membaca yang mesti anda beri perhatian:
3.1.1 Peringkat Kesediaan Membaca
• Bilakah seseorang kanak-kanak itu bersedia untuk belajar membaca? Dalam masyarakat moden kini, ibu bapa meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat anak-anak mereka menguasai kemahiran membaca seawal yang mungkin. Oleh itu, sebagai guru, anda harus mengambil inisiatif sendiri untuk mencari pendekatan yang berkesan bagi merealisasikan harapan tersebut.
• Pelbagai takrif dikaitkan dengan kesediaan membaca. Umumnya peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. Kamorearx dan Lee (1943) berpendapat bahawa setiap peringkat membaca merupakan langkah ke arah kesediaan membaca untuk peringkat seterusnya. Oleh itu, guru harus memberi perhatian yang berterusan terhadap peringkat kesediaan membaca ini.
• Dechant (1977) menyenaraikan faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca kanak-kanak seperti yang berikut ;
1. perkembangan persepsi
2. perkembangan intelek
3. peringkat kedewasaan termasuk faktor jantina
4. latar belakang dan pengalaman kendiri
5. kemahiran membeza melalui pendengaran dan penglihatan
6. perkembangan bahasa
7. perkembangan pancaindera
8. kesihatan
9. sikap, motivasi, minat dan keinginan untuk membaca
10. perkembangan sosial dan emosi
11. kaedah dan prosedur pengajaran
• Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (1979) telah mengenal pasti kemahiran yang diperlukan pada peringkat kesediaan membaca seperti yang berikut:
1. kemahiran melihat dan mengenal pasti bentuk-bentuk yang sama dan berbeza
2. kemahiran mendengar dan mengenal pasti bunyi-bunyi yang sama dan berbeza
3. kemahiran menghubung bentuk huruf dengan bunyi
4. kemahiran mengenal semua huruf
5. kemahiran menggabungkan bunyi huruf menjadi suku kata dan suku kata menjadi kata yang bermakna
6. kemahiran mengamati bentuk-bentuk yang sama dan berbeza yang mempunyai perbezaan makna
7. kemahiran mencerakin kata kepada suku kata dan seterusnya huruf dan bunyi
8. kemahiran mengkoordinasi gerak mata dan tangan
• Kesimpulannya, untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat kesediaan membaca ini, anda sebagai guru hendaklah membimbing kanak-kanak menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai kemahiran membaca dengan lebih mudah.
3.1.2 Peringkat Prabacaan
• Kanak-kanak perlu dibekalkan pelbagai kemahiran lain supaya peringkat prabacaan mereka dapat dilalui dengan sempurna. Berikut ialah kemahiran yang perlu diberi perhatian;
1. kemahiran menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama
2. memilih bentuk-bentuk yang sama dan berbeza
3. mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk-bentuk huruf
4. mengelaskan benda atau gambar mengikut kumpulan
5. menyusun benda atau gambar mengikut urutan
6. mengecam bentuk-bentuk huruf kecil dan besar
7. memadankan huruf mengikut urutan.
• Pada peringkat ini, anda sebagai guru harus pandai merancang aktiviti yang menarik supaya murid-murid anda dapat menguasai pelbagai kemahiran yang berkaitan dengan berkesan. Anda boleh mengisi aktiviti prabacaan murid-murid anda dengan permainan huruf, suku kata dan perkataan.
• Selain itu, aktiviti-aktiviti melukis dan menulis hendaklah berkait rapat dengan huruf atau simbol yang diperkenalkan kepada murid-murid.
• Anda mesti ingat bahawa membaca tidak mungkin berlaku sekiranya murid-murid tidak dapat mengenal pasti simbol atau perkataan serta memahami maknanya. Oleh itu, apabila anda melaksanakan pengajaran peringkat prabacaan, anda perlu memberi penekanan terhadap simbol dan maknanya.
• Untuk melaksanakan tujuan di atas, anda harus bijaksana memilih kaedah serta pendekatan yang sesuai dan berkesan supaya apa-apa yang anda lakukan benar-benar dapat menolong murid-murid anda. Antara kaedah dan pendekatan yang boleh anda pilih adalah seperti yang berikut:
1. Kaedah Abjad
2. Kaedah Fonik
3. Kaedah Suku Kata
4. Kaedah Perkataan
5. Kaedah Ayat dan Cerita
6. Pendekatan Cerakinan
7. Pendekatan PEBAS
8. Pendekatan Gabungan Bunyi Kata
9. Pendekatan Abjad-Suku Kata
• Bagaimana anda melaksanakan pengajaran membaca peringkat prabacaan? Berikut ialah sedikit penerangan untuk panduan anda:
1. Pastikan murid-murid mengenali huruf dan membunyikannya dengan
betul
2. Bimbing mereka menggabungkan huruf konsonan dengan huruf
vokal supaya menjadi suku kata
3. Murid-murid dilatih tubi mengeja suku kata
4. Kukuhkan daya penglihatan dan pengamatan murid-murid dengan latihan melukis bentuk-bentuk yang menyerupai huruf dan seterusnya latihan menulis huruf.
• Setelah meneliti keterangan di atas, anda jangan lupa bahawa ada perkara yang perlu anda ambil perhatian. Berikut ialah perkara-perkara tersebut:
1. Penguasaan bahasa lisan:
Anda mesti memastikan murid-murid menguasai bahasa lisan dengan baik supaya mereka mampu menterjemah huruf atau lambang tulisan kepada bunyi-bunyi tertentu. Oleh itu, bahan bacaan yang dipilih haruslah mengandungi perkataan-perkataan yang sudah ada dalam pengalaman murid-murid.
2. Penglihatan:
Paparkan bentuk huruf secara visual dengan jelas. Cara ini akan membantu murid-murid mengenal huruf, suku kata dan perkataan dengan cepat dalam latihan mengeja. Seterusnya, murid-murid akan mengenal huruf dan bentuknya serta mampu mengenal pasti persamaan dan perbezaan huruf-huruf tersebut.
3. Pendengaran:
Latih tubi mengeja suku kata perlu dilakukan untuk menajamkan
pendengaran kanak-kanak. Melalui latihan ini murid-murid dapat
mengenali bunyi-bunyi yang sama dan berbeza dalam perkataan.
4. Hubungan huruf dengan bunyinya:
Latihan mengeja hendaklah dijalankan secara sistematik supaya
murid-murid dapat menghubungkan huruf dengan bunyinya. Anda
patut mengenal pasti strategi yang menarik untuk mengelakkan rasa
jemu murid-murid apabila melakukan latihan ini.
5. Peraturan membaca dari kiri ke kanan:
Dalam tulisan Rumi, susunan dan peraturan membacanya ialah dari kiri ke kanan.
6. Gabung jalin semua aspek bahasa:
Anda perlu ingat bahawa untuk mengukuhkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid, anda mesti memulakannya dengan kemahiran mendengar, bertutur dan menulis terlebih dahulu. Untuk merangsang minat murid-murid, anda boleh menjalankan aktiviti bercerita atau menyanyi untuk mengenal perkataan-perkataan dalam pelajaran membaca.
7. Merangsang dan menghidupkan minat murid:
Sebagai guru, anda patut mengetahui apa yang diminati oleh murid-murid anda. Biasanya kanak-kanak amat gemar akan gambar atau kad-kad yang berwarna-warni. Oleh itu, latihan membaca melalui aktiviti bercerita atau menyanyi perlu digandingkan dengan alat-alat bantu mengajar yang menarik. Anda boleh memilih mana-mana alat atau bahan yang berikut;
i. kad-kad huruf
ii. kad-kad suku kata
iii. kad-kad perkataan
iv. carta bergambar
v. pita rakaman
vi. carta huruf-huruf vokal dan konsonan
vii. carta huruf-huruf kecil dan besar dan lain-lain yang sesuai.
3.1.3 Membaca secara mekanis
• Untuk membolehkan murid-murid anda membaca secara mekanis, anda harus mengajarkan kemahiran-kemahiran yang berikut kepada mereka;
1. membunyikan huruf dalam perkataan
2. membunyikan huruf yang ditunjukkan
3. membaca perkataan bergambar
4. mengumpulkan perkataan-perkataan yang mempunyai persamaan huruf awal
5. membaca perkataan yang sama rimanya sacara nyaring
6. memadankan perkataan yang sama sebutannya
7. mengecam dan menyebut perkataan berdasarkan bunyi huruf, suku kata atau perkataan lain yang terkandung di dalamnya
8. membaca ayat yang mengandungi perkataan-perkataan yang telah dipelajari
9. membaca bahan-bahan bacaan secara nyaring dengan intonasi dan sebutan yang betul
• Kemahiran-kemahiran di atas harus diajar melalui latihan atau aktiviti yang dibantu dengan alat atau bahan pengajaran yang menarik supaya murid-murid tidak jemu.
3.1.4 Membaca dan memahami
• Pada peringkat ini, kemahiran yang diperlukan ialah kemahiran belajar dan berfikir. Antara kemahiran tersebut adalah seperti yang berikut;
1. menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi
2. menggambarkan isi bahan bacaan yang dibaca dalam bentuk rajah
3. memahami peta, graf, carta, rajah, jadual dan data
4. menyatakan erti perkataan baru yang sesuai mengikut konteks
5. menggunakan perkataan yang sesuai untuk menjelaskan pendapat sendiri berdasarkan fakta-fakta yang terdapat dalam bahan bacaan
6. menyatakan pokok persoalan dalam sesuatu ayat
7. menceritakan semula cerita yang pernah dibaca
8. memberi keterangan untuk menyokong atau menolak sesuatu penyataan
9. menyatakan satu maklumat yang menarik perhatian dalam bahan yang dibaca
10. memahami bahan-bahan berbentuk teknikal yang berkaitan dengan sesuatu ilmu pengetahuan.
• Setelah meneliti kemahiran-kemahiran di atas, cuba anda bayangkan betapa besarnya peranan anda sebagai guru dalam melaksanakan amanah membimbing murid-murid supaya menguasai pelbagai kemahiran dari peringkat rendah hingga ke peringkat yang tertinggi. Oleh itu, mulakan bimbingan anda terhadap kemahiran membaca dan memaham dari peringkat awal lagi.
• Walau bagaimanapun anda jangan lupa pada tujuh perkara yang telah disebutkan di atas tadi kerana tujuh perkara itu dapat dijadikan panduan untuk merancang pengajaran peringkat-peringkat membaca yang berkesan.
3.1.5 Bacaan intensif
• Bacaan intensif ialah bacaan yang dilakukan secara teliti dengan bimbingan guru. Penelitian akan mengambil kira aspek isi dan bahasa. Oleh itu, anda sebagai guru, harus memberi penerangan tentang struktur perkataan yang sukar supaya murid-murid dibantu mengembangkan perbendaharaan kata mereka.
• Proses bacaan yang meneliti aspek isi ini melibatkan kemahiran membaca kritis, kemahiran memaham dan kemahiran mengesan idea dalam bahan bacaan yang dibaca.
• Aspek bahasa yang diteliti sewaktu membaca, mendedahkan murid-murid pada aspek tatabahasa yang meliputi komponen morfologi dan sintaksis. Oleh yang demikian, anda sebagai guru bahasa Melayu mesti menguasai ilmu tatabahasa supaya murid-murid anda mendapat bimbingan semaksimum mungkin.
• Jika anda dapat membimbing murid-murid pada peringkat bacaan intensif dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan teknik yang berkesan, anda akan berjaya melahirkan murid-murid yang;
1. boleh membaca dengan baik dan betul dari segi sebutan dan intonasi.
2. dapat membaca dengan lancar dan tahu menggunakan tanda bacaan yang betul
3. cekap merujuk kamus untuk mencari makna perkataan dalam ayat dan seterusnya mengayakan mereka dengan perbendaharaan kata
4. boleh menilai dan mengulas isi atau idea yang tersurat serta tersirat dalam bahan yang dibaca
5. dapat mengesan dan menikmati unsur estetik dalam bahan yang dibaca
6. dapat mengenal pasti pelbagai laras bahasa
7. boleh membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan yang dibaca
3.1.6 Bacaan ekstensif
• Bacaan ini dilakukan di luar kelas secara kendiri tanpa bimbingan guru. Murid-murid boleh membaca bahan bacaan sebanyak mungkin dalam tempoh yang tidak terhad.
• Proses bacaan akan melibatkan penelitian indeks, daftar kata, judul, bab, kandungan dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat umum.
• Bahan bacaan harus daripada pelbagai laras dan bidang ilmu kerana murid-murid sepatutnya merasa puas, seronok, dan terhibur selepas aktiviti membaca tersebut.
• Walaupun bacaan ini merupakan aktiviti kendiri, anda sebagai guru perlu menggerak dan meragsang murid-murid anda supaya menguasai kemahiran ini kerana melalui bacaan ektensif anda dapat melahirkan murid-murid yang;
1. boleh membaca sendiri tanpa disuruh
2. lancar membaca
3. kaya dengan pengetahuan
4. minat membaca
5. tinggi daya pemikiran kreatif dan kritisnya
6. boleh menguasai dan menggunakan gaya bahasa prosa serta puisi dengan baik
7. mahir merujuk kamus dalam usaha mencari makna perkataan sukar yang ditemui
8. mempunyai kepantasan membaca dan memaham yang berkualiti.
• Anda harus memainkan peranan sebagai fasilitator. Bimbing murid-murid anda membuat senarai semak atau catatan tentang faedah dan peningkatan yang mereka peroleh hasil bacaan ekstensif yang telah dilakukan.
3.3 Pemilihan dan penghasilan bahan kemahiran membaca
• Pengajaran kemahiran membaca perlu disokong oleh penggunaan bahan bantu yang sesuai dengan tahap pencapaian murid-murid. Terdapat banyak bahan yang boleh digunakan, tetapi seseorang guru harus pandai membuat pilihan supaya bahan itu betu-betul dapat membantu. Berikut ialah kriteria-kriteria yang boleh dijadikan asas untuk membuat pilihan bahan, khususnya untuk kemahiran membaca;
1. kandungannya berguna dan penting kepada murid-murid
2. isi kandungan dan persembahannya sesuai dengan keadaan serta nilai semasa
3. isi kandungan mempunyai hubungan dengan objektif yang hendak dicapai
4. isi kandungannya dapat mengembangkan daya pemikiran kreatif dan kritis murid-murid
5. isi kandungannya dapat membantu murid-murid memantapkan peringkat-peringkat pemahaman mereka
• Sebagai guru yang kreatif dan positif, anda tidak boleh hanya bergantung kepada bahan-bahan yang sudah sedia ada sahaja, tetapi anda mesti mempunyai inisiatif untuk menghasilkan bahan sendiri untuk membantu murid-murid anda belajar dengan lebih berkesan.
Kalau nak menghasilkan bahan-bahan yang menarik dan berkesan cuba kaji kriteria berikut, cikgu ya!
1. bahannya sederhana, mudah dihasilkan dan boleh digunakan dalam pelbagai situasi
2. bahannya tidak mudah rosak, senang disimpan dan boleh digunakan berkali-kali
3. bahan itu harus mengandungi idea yang disusun dengan menggunakan bahasa yang gramatis
4. pengisian gambar atau bentuk-bentuk grafik mengandungi mesej yang mampu menajamkan daya pemikiran murid-murid
5. menggunakan pelbagai laras dan ragam bahasa yang dapat mencungkil daya ingin tahu murid-murid
6. bahan harus dalam pelbagai bentuk supaya murid-murid tidak jemu, contohnya, tidak hanya dalam bentuk petikan sahaja.
7. bahan harus dalam pelbagai bentuk supaya murid-murid tidak jemu.
Diharapkan bahan ini dapat menambah pemahaman anda.
Literasi Bahasa Melayu WAJ 3104 (PGRS PSV )
Literasi bahasa atau dalam bahasa Melayu pernah juga disebut sebagai “kenal atau celik huruf” suatu masa dahulu bermaksud kemampuan minimum untuk membaca dan menulis dalam sesuatu bahasa. Konsep literasi bahasa akan menjadi lebih meluas daripada istilah kenal huruf yang kita ketahui selama ini apabila perbincangan menyentuh tentang aspek pemahaman bacaan dan penulisan yang berkesan serta menggunakan daya pemikiran sepenuhnya dalam pembacaan.
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bnagsa Bersatu (UNESCO) mendefinisikan seseorang yang mempunyai keupayaan literasi ialah seseorang yang dapat membaca dan menulis suatu pernyataan yang pendek dan mudah dalam kehidupan hariannya. Walaupun begitu, masih ramai yang tidak mempunyai keupayaan literasi yang dapat membantu mereka menggunakan kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa tersebut dalam kehidupan harian mereka dengan cara yang lebih daripada memahami penulisan tersebut semata-mata. Satu tahap kemahiran literasi yang tertentu diperlukan untuk menjadikan kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa tersebut diperlukan bagi membolehkan literasi dalam bahasa tersebut berfungsi. Tahap keupayaan membaca dan menulis bagi mengukur tahap literasi sebenarnya semakin meningkat selaras dengan peredaran masa serta meningkatnya kemajuan masyarakat menggunakan bahan bercetak dan sumber maklumat pelbagai media.
Kegiatan literasi (termasuk kegiatan mendengar, bertutur, memaca, menulis dan berfikir) dalam sesuatu bahasa ialah satu proses membina makna (Brozo, 1999). Makna dibina menerusi interaksi antara seseorang individu dengan teks serta konteks persekitaran yang dialaminya. Literasi memberi peluang kepada seseorang individu untuk menikmati dan menghargai keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain, dengan teks dan dengan suasana persekitrannya.
Konsep Kesediaan Membaca
Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Secara ringkasnya, ia melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, samada peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas atau peringkat yang lebih tinggi.
Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi.
Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita.
Dari segi mental, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya.
Walaupun ramai antara kanak-kanak yang masuk ke darjah satu hari ini telah dapat membaca atau sekurang-kurangnya telah dapat mengenal huruf dan ramai juga yang telah dapat membaca dengan lancar, namun sejumlah besar kanak-kanak yang masih tidak dapat membaca apabila mereka telah sampai ke darjah enam dan sesetengahnya telah masuk ke tingkatan satu. Disinilah timbulnya persoalan sama ada kanak-kanak tersebut memang tidak mempunyai kemampuan untuk “belajar” membaca ataupun bilakah masa yang sesuai bagi seseorang kanak-kanak itu mula diajar membaca.
Kedua-dua soalan ini mungkin boleh dijawab dalam dua bab yang berbeza, namun bagi ibu bapa, kedua-duanya sama penting kerana bagi golongan pertama, mereka sentiasa berharapan agar anak mereka dapat menguasai kemahiran membaca seberapa awal yang mungkin dan satu golongan lagi mahukan anak mereka dapat menguasai kemahiran membaca pada peringkat umur yang paling rendah, supaya anak tersebut dapat menguasai kemahiran dan “ilmu” yang lain di sekolah dengan seberapa awal yang boleh.
Peringkat Menyediakan Murid
Pada peringkat ini, guru hendaklah memberi perhtian kepada dua perkara penting:
1. Perasaan murid-murid
2. Bahasa murid-murid
Tujuan peringkat kesediaan:
1. supaya dapat menimbulkan kemahuan dan keinginan kanak-kanak untuk meluaskan lagi pengalamannya yang telah sedia ada.
2. melatih kanak-kanak supaya boleh memerhati sesuatu dengan baik dan cuba mengecamnya.
3. untuk memberi peluang kanak-kanak merapatkan dirinya dengan guru bagi menimbulkan keyakinan.
4. untuk membina tabiat gemar membaca dan manghargai apa yang dibaca.
Langkah untuk mancapai tujuan kesediaan membaca.
1. banyakkan bermain-main dengan kanak-kanak, misalnya berbual-bual, bersoal jawab secara tidak formal.
2. adakan pelajaran ringan seperti menyanyi, berlakon, bercerita.
3. bina asas bahasa kanak-kanak melalui pertuturan. Beri galakan dan bimbingan.
4. tambahkan perbendaharaan kata kanak-kanak dari semasa ke semasa.
Peringkat mendirikan asas bacaan
Antara perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian:
1. segala bahan yang hendak diajarkan hendaklah dipilih, dikawal dan disusun dengan baik. Ajarkan perkataan, rangkai kata dan ayat mudah.
2. ABBM hendkalah lengkap untuk menimbulkan minat kanak-kanak.
3. isi pelajaran hendaklah berkait rapat dengan pengalaman dan sesuai dengan perkembangan jiwa kanak-kanak.
4. gunakanlah gambar atau warna yang menarik hati untuk memberi dorongan.
5. guru hendaklah selalu memberi galakan dan bimbingan supaya tidak membunuh semangat kanka-kanak untuk terus belajar membaca.
6. guru hendaklah memikirkan kaedah dan teknik mengaar yang sesuai dan berkesan.
Aktiviti Kesediaan Membaca
Untuk mencapai tujuan ini, aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam Buku Sumber Bahasa Malaysia Tahun 1 (1983) boleh dijadikan panduan.
Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz.
Bahan
Pelbagai gambar kereta, baju, buku.
Aktiviti Murid
Murid mengelaskan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru. Aktiviti ini dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan.
Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2
Menggunting dan menampal berbagai gambar mengikut tajuk di papan kenyataan atau di buku skrap kelas.
Bahan
Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh dimakan, benda yang tidak boleh dimakan, pakaian dan alat tulis-menulis.
Aktiviti Guru / Murid
1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup.
2. Murid menyebut ‘benda hidup’ atau ‘benda bukan hidup’ sebagai respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru.
3. Guru memberi murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan lain-lain.
4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk tertentu.
Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan bunyinya.
Bahan
Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu
Aktiviti Guru / Murid
1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin, paku, tempurung, batang kayu, meja dan batu.
2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya.
3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama atau tidak.
4. Murid menyanyi lagu ‘Mari Bergembira’ dengan meniru nyanyian daripada pita rakaman atau nyanyian guru sendiri.
Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain.
Bahan
Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas
Aktiviti Guru / Murid
1. Buat satua atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh.
2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang disukainya.
3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.
ASAS MEMBACA –KAEDAH PANDANG DAN SEBUT
1. Nyatakan konsep membaca menggunakan kaedah pandang dan sebut
• Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar
• Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita
2. Huraikan cara perlaksanaan:
a. Menyebut perkataan
Kaedah ini dikenali sebagai kaedah perkataan. Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya. Setelah perkataan dicam, perkataan tersebut tidak dibunyikan dan dieja tetapi terus disebut. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikut kaeadah ini disertakan dengan gambar.
b. Mencerakinkan perkataan menjadi suku kata
Kaedah ini dikenali sebagai kaedah rangkai kata. Cara ini ialah satu cara yang berlainan atau berlawan prinsipnya dengan cara menyebut perkataan. Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau cerakin atau dengan perkataan lain mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil. Misalnya dalam mengajar ayat; Nina ada baju merah
BIL PENDEKATAN CERAKINAN CONTOH
1 Perkenalkan ayat Nina ada baju merah
2 Perkenalkan rangkai kata Baju merah, Nina ada
3 Perkenalkan perkataan Nina, ada, baju, merah
4 Perkenalkan suku kata Ni, na, da, ba, ju, me
5 perkenalkan huruf A, b, c, d, e,
c. Membaca ayat
Kaedah ini juga dikenal sebgai kaedah ayat. Kanak-kanak diminta mengecam terus ayat-ayat yang pendek dan mudah dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam, kanak-kanak diminta terus membaca. Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.
ASAS MEMBACA – KAEDAH ABJAD
1. Nyatakan konsep kaedah abjad
Kanak-kanak dilatih menyebut dan menghafal nama-nama huruf a hingga z terlebih dahulu sebelum diajar membaca perkataan.
2. Huraikan cara perlaksanaan:
a. Menyebut nama huruf
Melalui kaedah ini, kanak-kanak diajar menyebut dan menghafal huruf-huruf ‘a’ hingga ‘z’ mengikut susunan.
b. Mengeja suku kata
Kaedah ini adalah lanjutan daripada kaedah abjad. Penekanan diberikan pada huruf konsonan dan vokal (K dan V). Huruf konsonan dicantumkan dengan huruf vokal, menjadi suku kata (KV). Suku-kata suku-kata tersebut digabungkan pula menjadi perkataan. Pada peringkat permulaan, perkataan bersuku kata terbuka diperkenalkan (cth; buku, baca dan saya)
c. Mengeja perkataan dan frasa
Kaedah ini amat popular dalam pengajaran bacaan Bahasa Inggeris dan juga dikenali sebagai ‘Kaedah Pandang dan Sebut’. Perkataan diperkenalkan kepda kanak-kanak melalui kad-kad perkataan. Sambil menunjukkan kad imbasan murid diminta menyebut perkataan-perkataan tersebut beberapa kali.
3. Jelaskan ciri-ciri pemilihan dan penggunaan bahan bantu mengajar bagi kaedah tersebut
• Kad suku kata
• Kad perkataan
• Kad ayat
• Carta cerita pendek ( Big Book )
KAD SUKU KATA
ja + lan = jalan
Tulisan berwarna di atas menunjukkan gabungan suku kata KV + KVK.
ja berwarna biru
lan berwarna merah
Penggunaan tulisan berwarna pada setiap perkataan juga adalah penting. Ia bertujuan untuk memudahkan kumpulan sasaran mengenal pasti dan membezakan antara suku kata KV dan KVK. Malahan penggunaan warna pada suku kata juga dapat memudahkan murid untuk mengeja ataupun membaca sesuatu perkataan yang diberi. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat membantu murid membaca cepat .
KAD PERKATAAN
memasak
tembikai
Kad ini masih lagi menggunakan tulisan berwarna supaya murid dapat menyebut suku kata berdasarkan warna tertentu pada perkataan tersebut. Pengkaji dapat melihat peningkatan murid yang tidak perlu mengeja apabila diberi kad-kad perkataan ini.
KAD AYAT
1. Ibu memasak nasi lemak di dapur.
2. Hobi kakak saya membaca buku cerita.
3. Adik saya gemar melukis gambar pemandangan
4. Lawatan ke Zoo Melaka telah dibatalkan
ASAS MEMBACA-KAEDAH FONETIK
1. Nyatakan konsep kaedah fonotik
Melalui kaedah ini, bunyi-bunyi yang berkait dengan huruf-huruf diperkenalkan terlebih dahulu. Bunyi-bunyi hurfu digabungkan menjadi perkataan.
2. Huraikan cara pelaksanaan.
a. Membunyikan huruf
Murid-murid diajar membunyikan huruf-huruf konsonan dan vokal berdasarkan bunyi-bunyi yang berkait dengan huruf tersebut.
Contoh: - ‘a’ disebut ‘a’, ‘i’ disebut ‘i’ (huruf vokal disebut seakan sama seperti kaedah abjad)
- ‘b’ disebut ‘beh’, ‘c’ disebut ‘ceh’, ‘k’ disebut ‘keh’.
b. Membatang dan membunyikan suku kata
Melalui kaedah ini, murid-murid membatang suku kata daripada huruf-huruf konsonan dan vokal. Bagi peringkat permulaan, penggunaan suku kata terbuka lebih digalakkan.
Contoh:
‘ba’, ‘ka’, ‘ju’, ‘ki’, ‘ma’, ‘ta’, ‘be’, ‘se’
Kemudian, murid-murid diajar untuk membunyikan suku kata – suku kata tersebut mengikut bunyi-bunyi yang telah ditetapkan.
c. Membunyikan perkataan / frasa / ayat
Bagi kaedah ini, murid-murid diajar membina perkataan dengan menggunakan suku kata - suku kata yang telah dipelajari. Kemudian, murid-murid diajar untuk membunyikan suku kata – suku kata tersebut menjadi satu perkataan yang bermakna.
Contoh:
‘ba + ju = baju’
‘ka + ki = kaki’
‘ma + ta = mata’
3. Pemilihan Bahan Bantu Mengajar
Kad Huruf
‘a’ / ‘A’
‘b’ / ‘B’
‘c’ / ‘C’
Pada peringkat awal, murid-murid diajar huruf kecil terlebih dahulu sebelum diperkenalkan dengan huruf besar. Penggunaan warna pada kad-kad huruf digalakkan agar dapat menarik minat murid.
Kad Suku Kata
bu + ku = buku
da + du = dadu
Penggunaan kad suku kata dimulai dengan suku kata terbuka dahulu iaitu KV + KV atau V + KV. Huruf-huruf dalam setiap suku kata diwarnakan bagi memudahkan murid-murid membezakan V dan KV.
Kad Perkataan
kereta
kerusi
Kad perkataan masih menggunakan suku kata berwarna supaya murid dapat membezakan suku kata yang membentuk perkataan tersebut.
Rabu, 19 Ogos 2009
Lailatul Qadar tanda manusia dikasihi Allah
SALAH satu keagungan, keistimewaan dan kemuliaan Ramadan ialah satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan.
Malam yang hanya muncul pada 10 hari terakhir Ramadan itu lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar.
Rasulullah (SAW) sendiri memohon kepada Allah agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya.
Dalam hal ini, Rasulullah (SAW) pernah bersabda bermaksud: ?Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah. ? (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dalam satu hadis lain, Rasulullah (SAW) bersabda maksudnya: ?Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau.? ? (Hadis riwayat Muslim )
Keistimewaan Lailatul Qadar diserikan lagi penurunan wahyu al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah sewaktu baginda berada di Gua Hira. Selepas itu al-Quran mula diturunkan secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun lagi di Madinah al-Munawwarah. Peristiwa bersejarah penurunan al-Quran diabadikan Allah dalam helaian al-Quran.
Antaranya firman Allah bermaksud: ?Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar.? (Surah al-Qadr, ayat 1-5).
Jelas daripada mafhum ayat suci di atas bahawa Lailatul Qadar akan muncul pada setiap Ramadan sebagai anugerah Ilahi dan rahmat Allah yang hanya dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad.
Malam yang penuh bersejarah itu dinilai sebagai malam yang lebih baik dan lebih banyak ganjarannya daripada seribu bulan .
Ulama bersepakat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada Ramadan.
Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan.
Namun mereka berselisih pendapat mengenai malam ke berapa daripada 10 malam terakhir itu. Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27 Ramadan. Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: ?Barang siapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27.? ? (Hadis riwayat Ahmad)
Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir.
Walau apapun harinya, yang pentingnya pada malam itu Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan-Nya kepada hamba-Nya yang melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan.
Kelebihan Lailatul Qadar tentu tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu saja dalam Ramadan.
Akan tetapi fadilat malam mulia itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keIslaman dalam setiap tutur kata, peri laku, akhlak, ibadat dan kegiatan sehariannya.
Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang yang dilimpahi kenikmatan syurga dan kebahagiaan abadi.
Menurut sejarah Islam, Lailatul Qadar pertama kali menemui Rasulullah (SAW) ketika baginda sedang khusyuk menyendiri di Gua Hira, bermuhasabah dan merenung diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Tidak berapa lama kemudiannya, datang al-Ruh al-Amin iaitu malaikat Jibril membawa bersama wahyu Ilahi untuk membimbing baginda sehingga berlakulah perubahan secara menyeluruh dalam setiap detik dan perjalanan hidupnya.
Ia juga membawa perubahan kepada detik dan perjalanan hidup umat manusia sejagat.
Selanjutnya, Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah (SAW) dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh.
Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama seribu bulan. Lebih-lebih lagi, apabila dibanding dengan umur nabi dan umat terdahulu.
Usia baginda dan umatnya adalah pendek.
Contohnya, Nabi Nuh dikurniakan Allah umur selama 950 tahun. Maka, Lailatul Qadar adalah kurniaan sangat besar nilainya bagi umat Nabi Muhammad saw. Ini kerana lamanya waktu seribu bulan apabila dihitung dalam kiraan tahun ialah selama 80 tahun lebih. Tambahan pula, angka itu jauh lebih banyak berbanding dengan umur umat Nabi Muhammad saw yang rata-ratanya dalam sekitar 60 tahun saja.
Kerana keutamaan inilah, Rasulullah (SAW) amat menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan Lailatul Qadar yang penuh keberkatan.
Dalam hal ini, memadailah Rasulullah (SAW) sebagai model yang menampilkan teladan terpuji untuk diikuti oleh umat Islam seluruhnya dalam menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan. Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf dan membangunkan keluarganya agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari.
Rasulullah (SAW) juga tidak mendekati isteri-isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat dalam masjid seperti solat Tahajud, solat Witir, solat Tarawih, berzikir kepada Allah serta membaca dan tadarus al-Quran.
Baginda juga sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara doa yang sering baginda baca ialah doa bermaksud: ?Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.?
Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan kebajikan akhirat saja, malah untuk memantapkan lagi langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.
Selain itu, setiap Muslim dianjurkan agar bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa.
Tambahan pula, setiap manusia pada dasarnya tidak akan terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah.