Wanita adalah perhiasan dunia dan… wanita memiliki banyak keistimewaan, apakah keistimewaan wanita? mari kita lihat….
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat  penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah  S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan  doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik)  itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang  menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa  menangis karena takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan  diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah  (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka  pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada  anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia  memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya  akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang  siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia  berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada  api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil  akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10.  Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan  terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana pintu yang dia kehendaki dengan  tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,  burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar  baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga  sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada  Rasulullah S.A.W,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab  baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W  “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan,  memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu  syurga mana saja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong  suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga  lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang  perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat  untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan  menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai  sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang  berjihad pada jalan Allah S.W.T
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan  anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya  melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu  setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila  semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T  memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk  membela agama Allah S.W.T


bagaikan permata dicelahan kaca
BalasPadamkerdipnya sukar untuk dibezakan
kepadamu tuhan ku pasrah harapan
moga tak tersalah pilihan
Nurkasihmu mendamai di kalbu
jernihnya tulus ada dalam doaku
rahmati daku dan permintaanku
untuk bertemu di dalam restu
kurniakan daku srikandi
penyeri di mata
penawar dihati didunia dialah penyeri
di syurga menanti ia bidadari
kekasih sejati teman yang berbudi
kasihnya bukan keterpaksaan
bukan jua kerana keduniaan(dunia)
mekar hidup disiram nurkasih(mekar hidup ini disirami nur kasih)
ya Allah kurniakanlah kami
isteri dan zuriat yang soleh
sebagai penyejuk mata
ditanganmu tuhan kusandar impian
penentu jodoh pertemuan
seandainya dirinya tercipta untukku
relaku menjadi miliknya